Khamis, 9 Mac 2017

Thursday
09 mac 2017

Assalamualaikum..

Entry kali ada pengalaman baru seumur hidup aku dan familiku semua kena penyakit denggi. Dari 7hb mac sampai hari ni aku masih dekat wad. Aku start demam 3hari sebelum tu sb doctor belum ambil sampel darah untuk ujian. Lepas 2minggu wife aku kluar wad, anak aku yg bongsu demam 3hari berturut2, pastu dia lega terus demam dan aku pulalah sambungan demamnya sampai hari ni. Lepas aku masuk wad 1hari dengar khabar pula anak aku yg bongsu tu demam balik dan perlu ambil ujian darah. Tapi allah maha kaya dia hanya suspect denggi saja. Jadi tak perlu masuk wad. Alhamdulillah..

Pada sebelah petang pula hari yg sama, dapat khabar anak lelaki yg sulong pulak demam, aduhai..doktor kata nak ambil sampel darah kena tunggu 3hari demam dulu. So tadi cek mmg dah ada denggi. Aduh kesiannya. Doktor nak tahan wad tp wife aku tolak sb xde orang nk jaga dekat wad. So terpaksa bawa balik rumah jaga sendiri. Jd aku berharap dapat keluar esok supaya dpt jaga anak aku yg sakit tu. Petang semalam wife aku bg tau anak perempuan aku yg no 2 tu pula ada pening2 sambil nangis..aduh..
hibanya aku nak tanggung dugaan ini. Semua berlaku diwaktu yg sama..harap2 xdelah denggi. Insyaallah..
Sebab aku kesian tgok budak2 demam denggi. Bagaimana diorg nk tanggung kesakitan ini. Sedangkan org dewasa mcm aku pun nk nangis dibuatnya..

Harap2 esok aku bolehlah keluar wad sb nak jalankan tanggungjawab aku dgn family yg terabai selama aku dekat wad.

Akhir kata, mencegah itu lebih baik dari mengubati..semuanya takdir yg maha esa harus diterima sebagai insan yg lemah..
amin..sampai jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan