Ahad, 1 Januari 2017

Teknik penanaman kacang bendi merah


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Sempena tahun baru 01 jan 2017 ini ambo ingin berkongsi sedikit pengalaman ambo dalam bidang pertanian secara kecilan dilaman rumah ambo sambil2 mengisi masa lapang.
Maklumlah...kata orang kalau dah duduk rumah kampung, tak sama macam tinggal dekat rumah flat. Kita boleh buat mcm2 aktiviti waktu petang untuk hilangkan boring. Rumah kampung ambo tinggal sekrang ni rumah sewa. Ada lah sikit tanah sekangkang kera untuk buat tanaman kecil2lan.

So untuk kali ni ambo nak share sikit tip2 tanaman kacang bendi merah yg ambo tanam ditepi rumah. Ingatkan susah sgt tanam bendi ni sb kali pertama ambo usahakan. Alhamdulillah setakat yg ambo tanam mmg byk memberi hasil setiap hari, sampai tak sempat ambo nak makan. Setiap hari ada jer bendi yg dah nak tua, sampai tak sempat nak ambo kutip.

Tips cara tanam bendi merah ni senang saja.
Kita tak boleh tanam terus benih kacang bendi ni dlm tanah krn benih akan dimakan semut atau serangga dlm tanah.
Benih kena semai dahulu dlm bekas supaya bercambah anak pokok, baru boleh ubah ketanah.

Untuk melakukan percambahan senang saja.
Ambil buah bendi yg dah kering tu, letakkan dlm bekas. Then bekas tu letakkan di tempat yg sentiasa ada percikan air seperti bilik air atau sinki rumah. Setiap hari benih sentiasa dlm keadaan basah. Selepas seminggu anak benih dah mula bercambah. Dah boleh mula ubah ketanah. Anda boleh lihat gambar2 yg ambo share kat sini..tu jer yg dapat ambo kongsikan untuk tahun baru ini..

Jadi kepada kekawan yg berminat nak cuba tanam bendi merah dan juga benih jagung serta nk tahu info lebih lanjut, anda boleh dapatkan benih dengan saya. Ambo nak jual dgn harga kasih sayang jer..
Whatsapp: 013-4210726
call : 016-8347269

INSYAALLAH BERJUMPA DI LAIN KALI..